Saturday, 28 May 2016

Isu semasa

28 Mei 2016, Exco PIBG SMKDP mengucapkan selamat bercuti kepada pelajar & guru-guru. Gunakan waktu yang ada untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jangan lupa, sekolah akan dibuka semula pada 13 Jun 2016.
 
Bagi meningkatkan keselamatan pelajar-pelajar sekolah bila cuti berakhir nanti, pihak PIBG memohon kerjasama ibu bapa untuk lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya di hadapan kawasan sekolah. Tolong pandu perlahan ya. Jika perlu meletakkan kenderaan, sila parkir di tempat yang disediakan.
 
Pihak PIBG dalam proses menghantar surat kepada MBM, meminta pihak yang bertanggungjawab untuk mengecat semula garisan jalan yang telah pudar, membuat garisan zebra di hadapan hentian bas dan memasang tanda amaran di kedua-dua arah menuju ke sekolah.  
Untuk dicat semula

Cadangan untuk lintasan zebra di hadapan hentian bas ini

Di sini pun perlu dicat semula termasuk kawasan parkir
 

Friday, 27 May 2016

Sambutan Hari Guru 2 & Pre Gawai

27 Mei 2016, Sambutan Hari Guru dan Pre-Gawai 2016.

Pengetua, guru-guru & wakil PIBG

Ucapan dari Cikgu Alfred




 

Wednesday, 25 May 2016

Pertandingan Tarian & Nyanyian

25 Mei 2016, Pertandingan Tarian dan Nyanyian Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Daerah Miri.
 
Keputusan:
 
Tarian
Tempat ketiga
 
Nyanyian solo
Nyambong Ak Lasu, naib juara
Mildred Sunny Ak Michael, tempat ketiga
 
Syabas dan Tahniah!!!!
 


Saturday, 21 May 2016

Majlis Makan Malam Hari Guru

21 Mei 2016, Majlis Makan Malam Hari Guru, berlangsung di Imperial Palace Hotel. Majlis ini 'Self sponsored' ya. Tema: "Masquerade & Red Carpet' 
Wakil ibubapa, terima kasih kerana sudi menjemput kami
Cikgu-cikgu yang 'gorgeous'
Mendengar ucapan
 Ayahanda Pengetua yang dikasihi
Cikgu-cikgu yang 'sporting'
Diantara penerima anugerah cemerlang akademik

MC...didatangkan khas dari Gotham City

Bahasa isyarat

Terima kasih cikgu
 

Thursday, 19 May 2016

Pertandingan Drama BM Daerah Miri

19 Mei 2016, Pertandingan Drama BM Peringkat Daerah Miri, kita mendapat tempat ketiga....Tahniah!!!! 
 
 

Monday, 16 May 2016

Hari Guru 2016

16 Mei 2016, Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
 
Guru Pembina Negara Bangsa
Selamat Hari Guru
Barisan warga pendidik yang dikasihi



Friday, 13 May 2016

Sukan sekolah

11 hingga 13 Mei 2016, Sukan Sekolah


Terima kasih Dato Sebastian Ting kerana sudi merasmikan Majlis Penutupan
 



 


Thursday, 12 May 2016

MTAQ Pendidikan Khas Kebangsaan

09 - 11 Mei 2016, Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan

Wakil kita adik Abdul Hakim mendapat tempat ke 4 daripada 16 kontigen/peserta yang bertanding. Tahniah!!
 
Susun atur pentas


Adik Abdul Hakim sedang beraksi

 
 

Sunday, 1 May 2016

Kem pengawas sekolah 2016-17

29 April - 1 May 2016, Kem Pengawas-Pengawas Sekolah sesi 2016-17
 






Sunday, 20 March 2016

Aktiviti baikpulih tandas sekolah March 2016.

Diantara isu yang diutarakan pada mesyuarat agung PIBG yang lepas adalah berkaitan dengan tandas sekolah. Maka kami berusaha untuk membantu membaik pulih semampu yang boleh. Terima kasih kepada yang menyumbang wang ringgit mahupun tenaga. Atas sumbangan tersebut, tiada dana PIBG dikeluarkan. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Adam Yii, Pengerusi SUPP Ranting Pujut, beliau datang meninjau dan telah mengarahkan kontraktor untuk membantu membaik pulih 'flushing system' dan paip yang rosak dalam masa tak sampai seminggu. Terima kasih sekali lagi.  



En Effendie Johari, En Elvin & YDP 'in action'


Penyebab tandas tersumbat...

Yang berusaha Encik Adam Yii, datang melawat kami.