Sunday, 20 March 2016

Aktiviti baikpulih tandas sekolah March 2016.

Diantara isu yang diutarakan pada mesyuarat agung PIBG yang lepas adalah berkaitan dengan tandas sekolah. Maka kami berusaha untuk membantu membaik pulih semampu yang boleh. Terima kasih kepada yang menyumbang wang ringgit mahupun tenaga. Atas sumbangan tersebut, tiada dana PIBG dikeluarkan. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Adam Yii, Pengerusi SUPP Ranting Pujut, beliau datang meninjau dan telah mengarahkan kontraktor untuk membantu membaik pulih 'flushing system' dan paip yang rosak dalam masa tak sampai seminggu. Terima kasih sekali lagi.  



En Effendie Johari, En Elvin & YDP 'in action'


Penyebab tandas tersumbat...

Yang berusaha Encik Adam Yii, datang melawat kami.